Salam Syawal.......1435H
Wednesday, August 6, 2014 | 5:59 PM | 0 comments
Alhamdulillah .....aku masih diberi ALLAH untuk bernafas lagi....Dikesempatan ini belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN....Ramadhan 1435H telah berlalu pergi.....Ramadhan akan datang belum tahu aku berkesempatan melaluinya ataupun tidak.....Andai ini Ramadhan ku yang terakhir.........aku REDHA......
Berbagai onak dan duri telah kutempuhi dalam melayari kehidupan ini.....namun aku bahagia bersama anak-anakku , Nor Farhana, Nurul Syifa dan Nur Insyirah. Mereka memberikan kekuatan kepada ku......Pelajar-pelajarku adalah pembakar semangatku.....Kalau dulu seketika aku hampir-hampir tewas, dek kerana tetamu yang tak diundang yang menjadi orang ke tiga....Persetankan mereka semua.....biar ALLAH membalas atas apa yang mereka telah lakukan.....
Amat sukar untuk dibaluti kelukaan ini......mungkin ia tak akan sembuh sampai bila-bila.....sekali kepercayaanku dah tercalar....sukar untuk dipulihkan lagi....Aku sudah tidak percaya lagi pada sesiapa....aku hanya ada TUHAN, anak-anakku dan sisa-sisa hidupku akan ku perhambakan sepenuhnya kepada mu YA ALLAH.....
Anak-anakku.....ku harap kamu semua akan mengerti apa yang kurasa selama ini.....kerana kalian aku masih bertahan lagi...tapi kadang kadang naluri ku sebagai isteri yang dianiaya amat menggelodak sekali.....Sesungguhnya anak-anakku maruah keluarga kita telah tercemar kerana perempuan itu.......Alhamdulillah atas segala-galanya yang telah terjadi.....SEMOGA anak-anakku akan cuba untuk mengerti...........
Kehidupanku
Sunday, April 14, 2013 | 5:30 PM | 0 comments
3 Oktober 2010Ulangtahun perkahwinanku ke 18.
Azamku.....untuk menjadi isteri solehah kepada suami tercinta
.....ibu mithali kepada anak2ku Nor Farhana ,Nurul Syifaq dan
Nur Insyirah .
.....Memastikan kejayaan yang cemerlang kepada anak2ku
Hidup tak seindah dijangka.....
| 5:29 PM | 0 comments
15 April 2013 Hari yang ditunggu telahpun tiba. Kedatangan MQA ke POLIMAS bagi mengakreditasikan program DET. Dikhabarkan aku adalah salah seorang auditee yg terpilih......Menyeramkan kerana manalah tahu jawapan-jawapanku nanti tidak memenuhi benchmark sebenar. Apapun dalam kepayahan ini terpaksa juga aku harungi.Akan aku cuba tinggalkan segala masalahku di rumah. Masalah.....masalah semakin difikirkan utk cuba dapatkan jalan penyelesaian terasa makin pedih pula.
ke
Friday, February 17, 2012 | 6:34 PM | 0 comments
VALIDASI OH VALIDASI.........
Friday, October 14, 2011 | 3:34 AM | 0 comments
Minggu Pertama Validasi (10 hingga 14 Oktober 2011) ......Pergi validasi ke PTSS
Calon seramai 47 orang . Rakan Panel ku adalah Pn Normah .....
Macam-macam songel manusia boleh dilihat...ada yang well prepared ...... ada yang gubra ........masing2 berpeluh.......
So far dah hari ke 5.....seramai 25 calon telah divalidate......cuma 2 0rang saja yang nampak OK.
Bila tanya bab OBE ramai yang pening.........MQA lagi ......Rubric lagi ...... depa kata panel kami ni agak straight ..... panel satu lagi ( ustaz zul dan Zul Ani ) macam sembang-sembang saja.....tu kata depa yang kena validasi......
MOOD KONVOKESYEN KALI ke 25
Tuesday, September 27, 2011 | 12:54 AM | 0 comments
Berjumpa Kembali...Minggu ni penat sekali....almaklum berlangsung Majlis konvokesyen POLIMAS kali ke 25. Dah banyak kali konvo ttp masih banyak lagi problem yang arise.....biasalakan .....kita hanya merancang hanya ALLAH sahaja yang menentukan.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik .....jatuh pada Sidang 3 kali ini.....so far not bad.... TQVM to all staff JKE yang amat komited terhadap tugas ( terutamanya petugas AVA ).....kalau tak dak depa nih ...tak tau apa nak jadi......no..... Juga kepada Pak Latif dan Kak Pah kita ..... and to all yang telah menjayakan konvokesyen kali ini.....
Pada kaca mata aku :
Sidang 1 (sesi Graduan Cemerlang pada 25 September 2011)
.....agak frust sikit...banyak kecacatannya...mcm tak well prepared sahaja. Sidang Tuanku sepatutnya mesti tip top dan meletop kan..... Apa-apa pun aku gumbira skali sbb pelajar aku menang Anugerah Pengarah buat kali ini..... so dapatlah tumpang sekaki tempek muka dalam paper ( untuk makluman Harian Metro and Berita Harian bertarikh 26 September 2011 ). Gah jugalah 1 politeknik......perasan la pulak no.
Antara scene yang tak mahu kita lihat dan tak sanggup dilihat lagi sekali seperti:
(a) Video klip Graduan Cemerlang gagal dipertontonkan...kesilapan teknikal mungkin... aku punya ajk dah all out buat preparation ...tup ..... tup tak dapat ditayangkan......... jgn kecewa ya ARO and the Gangs....kita hanya mampu merancang...TUHAN yang menentukan.....(depa kata dok tunggu geng MC announced ttp depa tak announce pun..... tak syncronise lah tu antara sesama AJK ......bak kata Tuan TPA ....... Banyak tugas sesama AJK tidak mahu menerobos antara satu sama lain......saya sokong sangat kata-kata beliau...lepais ni jom kita pakat-pakat menerobos .... ttp apa-apa yang patuit saja tau.....
(b) Kegagalan RFID berfungsi dengan baik.....ramai graduan naik pentas ...tup...tup nama depa tak terucap....mesti frust gila punya.....bayangkan lah ini kan sesi Sultan.... Lain kali tak patut jadi macam ni.....kalau lah penyebab gagal berfungsi dgn baik ini disebabkan oleh ajk AVA saya , saya pohon banyak-banyak maaf....... depa kata mikrofon gagal disediakan oleh petugas kami.....betui ka? atau sistem tu sendiri yang kepiah longggaq kot.....tak pa ...semua dah over....pakat-pakat lah muhasabah diri ......... minta ampun banyak-banyak Cek Man .
(c) Silap mainkan lagu negeri Kedah ( sewaktu keberangkatan Pulang Tuanku) dari Bilik Santapan Diraja.
......pun saya minta ampun banyak-banyak cos ADC dah marah.....sepatutnya kita kena rehearse semua yang ada dalam aturcara tadbir tu kot. Bagi pihak staf JKE yang bertugas di Bilik Santapan tu patik pacal yang hina ini ........... mohon Ampun dan maaf yang tak terhingga kepada Tuanku Sultan & Sultanah berdua........jua pada Che Man dan lain -lain . (nak tukaq kami ka....?)
(d) Graduan gagal mengangkat sembah dengan cara yang betui...... nak buat macam mana ...dah rehearse dah.....next time kena make sure semua graduan berlatih angkat sembah sewaktu raptai ... kalau tak betui tak boleh ambik jubah......ok kot.... Graduan juga kena belajaq kata "Menjunjung Kasih Tuanku" .....susah sangat ka nak buat benda ni.........
Sidang 2 (sesi JKM pada tanggal 26 Setember 2011)
sesi bersama Ketua Pengarah .....Oklah so far . NO Komen
Sidang 3 (sesi JKE pada tanggal 26 Setember 2011 bermula 2.50 ptg.....)
Aku hanya mampu memohon pada ALLAH agar segalanya berjalan dengan lancar...Alhamdullilah ALLAH memperkenankan permohonan dari hamba Mu ini. Syukur kehadrat Tuhan.....
Penyampai skrol untuk pelajar aku ialah Tuan Hj Mohd Ghaus b Ab Kadir ...Terima kasih Tuan Hj.
berhenti takat ni dulu ......nanti bila ada mood dan idea aku mencurah-curah .......... aku akan berkarya lagi ...... bye
Ketupat Palas Che Ton
Saturday, September 17, 2011 | 3:50 AM | 0 comments
| In the Malay world, ketupat has always been the signature food item that must be prepared, served and eaten during the Muslim festival of Hari Raya or Eid. Whether you hail from Malaysia, Indonesia, Singapore or Brunei, celebrating the arrival of the month of Syawal without this specially compressed rice treat would be the most unnatural, if not unthinkable, thing to do. People go to great lengths to get ketupat for Hari Raya; some will pre-order them weeks on advance. My family on the other hand prefers to make our own ketupats. My parents would enthusiastically round up our family members just a day or two before Eid to menganyam(weave) and masak (cook) ketupat daun palas. There are two kinds of ketupat that I am familiar with in Malaysia: ketupat nasi and ketupat daun palas. Apparently ketupat daun palas is a Northern Malaysian (Penang, Kedah, Perlis) specialty and since I grew up eating ketupat daun palas, I find them to be the best tastingketupat, reason being that they are cooked with coconut milk while ketupat nasi is just made of plain rice.
| ||||||||||||||||||||||||||













